Sabtu, 24 Januari 2009

ain nak kongsi cerita sikit, tentang cinta....

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.

Wassalam

Khamis, 1 Januari 2009

sungai kolok war?? malaysia??

Crossfire War: Malaysian Watch along Sungai Kolok River as 130 Thai Muslims Flee

By Willard Payne

Night Watch: KUALA LUMPUR/BANGKOK - A Thai Muslim said that after Thailand’s army entered his v
illage in Thailand’s Narathiwat province and shot dead a village headman, then he and about 13
0 ot
her Thai Muslims abandoned their homes and sought refuge in Malaysia.
Malaysia’s government stated over its national news agency, Bernama, that Malaysia is considering temporary refuge to people fleeing southern Thailand if the violence continues. A Malaysian marine police official said his unit would maintain a 24-hour watch along the Sungai Kolok. A narrow river that is the border between the two countries.
Kuala Lumpur’s Foreign Minister Syed Hamid Albar was quoted by Reuters, "However, it’s not our intention to interfere with Thai domestic affairs. We will cooperate with the Thai authorities if they want their people who fled to return to Thailand."
Kuala Lumpur is giving more support to groups who intend to, what they call,"liberate" southern Thailand and restore the independent sultanate called Pattani until it was seized by Bangkok a century ago.
Bangkok obviously believes that it had information on the village headman that he was supporting the uprising that began in January 2004 and has killed more than 800 people. Earlier this year the news reported that a lot of Thais had already fled the area and went north.
The Muslim groups conducting the attacks have already stated that as violence increases other Islamic countries could help them. War could begin between Malaysia and Thailand during the dry season that begins again next month and lasts until April. The drier weather makes it easier for military operations.
Bangkok will continue to target, what it feels, are leaders responsible for the attacks.
Night Watch Information Service
http://www.crossfirewar.com
Based in Flossmoor,IL 60422.
ph:708-957-9651/fax:708-798-2929.
e-mail:III82100@aol.com

Isnin, 29 Disember 2008

makan ikan berulat??!!... ya Allah!!!!

Assalamualaikum w.b.t, selamat bertemu kembali kawan-kawan... agak lama juga ain tak menulis blog ni... orang pun dah ramai bertanyakan tentang perkembangan sofieya, ade yang tanya khabar dengan meghantar SMS, calling-calling, yahoo messenger dan macam-macam lagi, sampai tak terlayan ain nak menjawab, pada kawan-kawan yang terlupa nak balas tu ain betul-betul mintak maaf sangat, ain pun ada rutin harian sendiri, nenek ain sakit masuk hospital baru2 ni, mula-mula kencing manis pastu rupa2nya doktor cakap nenek ain kencing manis peringkat awal, jadi dlm 24jam nenek akan di masukkan 6 botol air... cuba bayangkan nenek duduk kat hosp tu selama 6 hari, agak2nya berapa banyak botol yang disalaurkan dalam darah nenek... huu... hari2 kene suntik ubat... sampai badan nenek jadi gemuk air... alhamdulillah sekarang dia dah balik rumah, dia takleh wat keje banyak2, jadi ain dan maksu la yang akan uruskan rumah huhu... banyak lak cakapnye... hehe... kembali pada point yang asal...

Hari ni ain nak berkongsi sedikit pengalaman pada semua.... agak2 mungkin membuatkan kita sebagai pelanggan di restoran luar lebih berhati2 dengan sifat2 peniaga restoran yang suka menyimpan makanan2 lama ni...huhu... sebenarnya hari ni sofieya ada rakaman lagu kat studio area kajang, bukan ape persiapan untuk ke Golok nanti nak la kene touch-up skit... dari pagi pukul 11am sampai asar, baru leh makan, haha perut dah bermacam2 bunyi... aduh... laparnye!!! tak tertahan rasanya... ain dah gastrik minum lak air 100plus hua!!! lagi la gastrik teruk... akhirnya izza ajak kami keluar makan... huu... masing2 naik keta terus ke sebuah gerai yang berdekatan dengan area kajang ni... masing2 menggelidat makan nasi belauk masing2...

 huhu ain pun makan biase2 je... tengah2 makan kami pun duduk sibuk bercerita pasal ikan haruan goreng yang di makan oleh izza, jadi nak sedap kan cerita ain pun bukak la crita pasal belut kat tempat ain, sedap belut ni sebenarnya manis je dagingnya... ain dah rasa... izza dan ain jeffrie pun rancak bercerita, huda pulak khusyuk makan ikan goreng kat pinggan dia... huhu TIBA-TIBA tengah kami rancak berbual, huda pula yang loya tekak nak termuntah, dia tolak pinggan kedepan dan pergi ke singki... kami pun pelik la... masing2 nak tergelak... mungkin huda loya sebab cerita kami kot... ain jeffrie pun tanya kenapa kat huda... huda selak je ikan terus menjerit lari jauh2 terkejut kami di buatnya... nasib baik tak ramai pelanggan kat situ... kami pun tarik pinggan huda tengok apa yang ada kat dalam ikan goreng tu... YA ALLAH!!! rupa2 nya ada ulat tengah menguit2 kat celah2 insang ikan tu... kami pun nak termuntah... ish!!! ape la tempat ni teruk betul... masalahnya nasi pun dah habis makan, ikan pun tinggal kepala je... YA ALLAH ulat lalat rupa2nya...

 ain tak tahu la nak cakap apa2 lagi masing2 dah kembang tekak... tapi dah habis sepinggan tak boleh nak buat apa la... pelayan kat situ dah la tak minta maaf pastu leh cakap pulak "alah kak, skali skala apa salahnya" huuu... Astagfirullah, istighfar je kami ni... ain ckp ngn pelayan tu, ikan ni masak bila? sebab setahu ain kalau lalat bertelur dlm 1 hari tak mungkin boleh menetas dengan cepat... bila tanya pelayan kedai tak mengaku, katanya ikan ni semua baru masak, entah la kawan2 ain pun tak tahu perkara yang sebenar, dah la tak minta maaf.. bila ain mintak no telefon tauke bagi no salah lak, no cina yang di bantainya... aduh... kenapa ada jugak org macam ni?!! tipu, menipu, penipu... kalau terjadi apa2 pd huda? macam mana? kami dah nk gerak ke thailand, harap tiada apa2 blaku pd huda dlm perjalanan kelak...

 identiti restoran tu biar la ain rahsia kan...nnt kalau di sebut2 nama restoran tu leh jadi isu pula... kalau boleh ain nak benda ni DIKETENGAHKAN,pekerja2 yang suka buat kerja senang, simpan ikan yang tak habis dan goreng smula pada esok harinya....kalau sifat pekerja2 macam ni berterusan, bekerja sambil lewa dan suka amik jalan senang... susah la hidup kita sebagai pelanggan, sakit perut la, taun la, malaria la... dan macam2 lagi... kalau kawan2 boleh tolong bagi cadangan tentang apa yang ain patut buat untuk ketengahkan perkara ini... sila la bantu ain... dpt kan no jabatan kesihatan ke? atau ada cadangan2 yang lain? hmmm... ain pun dah kebingungan... harap kawan2 dpt tlg ain lagi sekali.... TRIMA KASIH ^_^

Rabu, 10 Disember 2008

sedikit coretan

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".
-----------------------------------------

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.
39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya
(mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
(melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).
(QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Jumaat, 5 Disember 2008

kawan lama dr US-CA





hm.. baru-baru ni ain install imvu sbb nak cari balik kawan lama ain dr US tu... dah dua tahun agaknya kami tak bersua... sangat-sangat rindu padanya... :) tapi bila dah instal imvu, hm... dia pula tak ingat ain... hahaha... maybe sebab ain terus lost contact kot 2 thn lps... pernah jgk dia antar msg kat home page, tp ain pun dah lama tak buka, so ain biarkan macam tu jela...

 lps ribut melanda baru la ain bebas nak buat apa-apa... yelah... dah bebas... leh la terbang kemana2... lol... bkn ape... ain memang ingat kawan lama tu, cuma ain tak sempat je nak lawat dia, dia kan jauh, cmner nak lawat... :( hmm tak pe la... nanti kalu dia da ingat ain smula maybe dia akan msg ain lg... hm.. kalau kawan2 nak tahu IMVU ni merupakan messenger same jgk macam YM...

tapi ia lebih menarik... sebab kita bloh borak dengan pelbagai situasi, kta boleh nampak dia melalui image 3d... boleh tukar2 baju, boleh pegi melancong, shopping dgn crdt sendiri, dan macam2 lagi... kadang2 dgn macam ni kite lebih senang nak dekat ngn org2 kat luar sana, kita boleh tahu mood dia, leh tahu keadaan dia dan ekpressi dia dgn 3d person... hm.. kalu home page pulak macam friendster, myspace... bagi saya best la... ^_^ hmm.. nak cakap banyak2 ain takut kwn2 sume tak paham pulak...nanti kalu kawan2 leh tengok sendiri la... lagi pun tak ramai lg org tahu pasal imvu ni, kalu kat US mmg dah berzaman agaknya, sampaikan ade jgk nenek yang berumur 53 thn pun boleh chatting... hmm mungkin sebab dorang leh la jumpa geng2 dorg kat dlm ni kot, kalu kat sane siang kat malaysia malam kan? ramai jugak org yang berbudi bahasa dlm ni... macam nenek tu leh suruh sy tido sbb da lewat malam... padahal kat tpt dia masih pagi... haha... good grandmama... haha... hm... IMVU ni penting ke? entah la.. bagi saya ok je... kalu free kite bukak la... leh latih dri sendiri utk berkomunikasi... tapi jaga2... kadang2 ade juga org2 yang nakal dlm tu... so just ignore... sbb imvu ni seakan2 dunia 3D yang betul2 infinity.... sy pun tak explore lagi benda ni betul2... cukup la sekadar ada kawan2 foreigner... and makes friend with them... haha... sgt2 seronok tapi dlm keseronokan tu jgn la kita lupa pada suruhanNYA ye? untuk adik2... kene minta kebenaran mak ayah dlu... haha... ok.. kalu kawan2 nak tahu lebih lanjut ttg IMVU... leh layari...

home page ainiz
http://www.imvu.com/Guest_ainiz
home page ainjeni
http://avatars.imvu.com/Guest_ainjeni

register la kalu kawan2 berminat... ok tu je wat mase ni... bye bye ;)

Isnin, 24 November 2008

salam... ain nak minta tolong ni...

hm... lame jgk ain tak upadate blog ni... yela... sibuk dgn kerja rumah... jd tak ada mase nk mengadap pc lame2... nnt nenek ain marah... pdn muka hahaha... well, ain nk mintak tolong skit pd kwn2 ni... hm.. kalu tak keberatan, beri la sedikit ulasan kat bawah tu... hihi

Erm...pernah tak kawan2 terfikir ble kite jadi tua nanti... apakah nasib kita?... siapa akan menjaga kite nanti eh? nanti kite akan berada di rumah anak2 kite ke? atau di rumah orang2 tua?... dan kalu kita dirumah anak2 kite... apa layanan anak2 kite pada kite? adakah kite ni akan menyusahkan mereka? adakah kite mengganggu kehidupan mereka anak beranak? adakah kita boleh claim balik kasih sayang yang kite dah bagi kat mereka dulu2? dan ape yang akan mereka lakukan pd kita bila saat kita memerlukan mereka? hm...

(kalau dulu kite dgn parent dr kecil lg kite di asuh, di beri kasih sayang yang tak terhingga, bile kita nakkan sesuatu, seboleh2 mak dan ayah kte usaha utk dptkan bnda tu walau tak mampu... mereka sanggup berkorban, kerana dlm fikiran mereka 'biarlah aku berkorban utk anak aku agar dpt mberi inspirasi pd anakku berjaya hingga ke menara gading'.... tp... bila kita sudah dewasa dan berjaya?... ape pula yg akan berlaku pd ibu dan ayah kite?...)

hm... at the same time... bila kita pun sudah berumah tangga, dah ade anak, dah ade cucu? apa nasib kita selepasnya? semua ni pasti berkait rapat dengan setiap kehidupan mak ayah kita kan?... ape kita nk buat dengan mak ayah kite kalu mereka sudah uzur... hm? dan ape perasaan mereka nnti? byk persoalan pd kepala otak ain mlm ni...sangat2 berserabut... jadi ain nak minta pendapat kawan2 kalu dapat berikan ain jawapan... tak banyak... sedikit pun takpe... atleast ain dpt jwpn dan secara tak lansung...boleh beri pengajaran pd kita semua...

so... jangan la datang melawat je tau....tolong la ain selesai kan teka teki dalam otak ni...
time kacih kawan-kawan... wslm (^_^)

Khamis, 20 November 2008

salam to our new music...




salam... 2 hari yang sangat memenatkan di kajang.... ain dan kump sofieya baru berakhir buat rakaman di studio devotees... halim banyak la jugak tolong kami, dari kolej sebelum kami melangkar ke dunia seni ni sampai sekarang... antara lagu-lagu yang kami telah rakamkan ialah rangkai kasih (lagu&lirik ; ain jeni &huda), teman terlalu akrab (halim), eksplorasi (huda) dan lagu terakhir ialah linangan air mata(ain jefrie), kesemua lagu2 ini kami bawa kan dengan rentak yang berbeza, contoh nya spt 'rangkai kasih', kami bwk lagu yg agak sweet la agar dpt mencuri hati adik2 dan kanak2 di mase kini, lagu yang kedua kami bawakkan lagu 'teman terlalu akrab' lagu agak rancak skit,khas pada sesiapa yang tak suka kan lagu slow, yang ke3 lak, eksplorasi... haaa lagu ni memang slow tapi lagu yang terakhir memang ain sendiri tak percaya ialah lagu linangan air mata dimana lagu ini mula2 flow dia slow je, pastu akhir2 memang berat giler, ala2 rock&reggea skit... hm...tak tahu lah macam mana leh dpt kan idea ni, tapi atleast sofieya membawakan kelainan bagi lagu2 yang tersendiri... wslm
free imvu credits