Sabtu, 27 Februari 2010

WANITA ; dimana hilangnya malu??

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan.Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yangbersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.


from ; www.iluvislam.com

Khamis, 25 Februari 2010

"SIAPA MENABUR FITNAH???"

(fwd from face book)
ko study kat UIA ek?n group nasyid Sofea ek?ko jangan sampai aku belasah ko jer..ko apa kes nak fitnah2fitnah org.sudahnyer tak habis2 nak sms budak tuh .memang dasar syaitan betul ko neh.takut pulak ko bila org tagged ko.ko jgn bi...mbang ko akan famous di Youtube tak lama lagi.see u soon.~

SALAM wbt...selamat menyambut maulidur rasul kepada semua umat islam..mari kite ingatkan kembali kisah lahirnya seorang nabi Rasul junjungan kite dimana salah satu kisah di dlm usia remaja baginda sntiasa berkata benar dan bersikap adil terhadap org yang bersama dgnnya..jd org yang selalu berkata benar insyaAllah smpur...na doanya walau tiada siapa seorang manusia pun yang tahu akan kebenarannya..

Allah itu MAHA MENDENGAR doa hambaNYA...pada ain tak perlu takut akan org2 mcm ni...berkata tnpa usul nya... mmg ain selalu kaitkan dgn NAMA ALLAH sbb hnya DIA je tpt kite bserah...kalu kite tak ingat DIA sape lg kite nk ingt kn? ingat MATI lagi mguatkan iman kite yang seperti tayar yang berpusing, kejap ada kejap tak ada.. ALLAH mampu amik NYAWA sesiapa shj yang DIA mahu.. tak kira sihat atau sakit, kaya atau miskin, muda atau pun tua, jadi ain ambil cerita ini sebagai 1 pedoman bagi setiap insan di hari mulia memperingati kelahiran nabi muhammad s.a.w.

Dan org yang selalu khianat n selalu menganiaya org lain kemudian hasil titik peluh org lain pun di akui diri sendiri pun mmg wujud dlm dunia ni mmg sntiasa akan dilaknat oleh Allah (nauzubillah)... ain tak perlu la ckp siapa org nya...takut nnt ~malu...n yg pastinya dia akan tersgt2 marah sbb kite sudah mula terbau-bau pekung di dadanya... jgn ingt ain org baru tp tak thu cerita ini... ain ada setiap saat bersama sahabat yang sudah teraniaya ini... dari dia mula amuk n mintak kereta, amik sume barang2 yang difikirkan hak bersama yang diusaha utk mase akan datang... tp di akui hasilnya pakai duit gaji sendiri... yang paling menyedihkan... bile dia dah amik semua brg2 di dlm rumah sahabat ini...

Boleh pula dia ambil resit2 pembelian n polisi2 kereta agar buktinya lebih kukuh utk jadi kan hak2 harta itu milik dia... bagaimana dgn nasib sahabat ini??... sudah pasti jatuh terjunam... sudah jatuh di timpa tangga pula... sedih... duit yang di kumpul buat niaga dan simpanan dlm asb slama ni burn mcm tu je??...

Sedih sahabat ini... adakah ini salah dia jg krn pernah berjanji dulu?... “kalau mrk berkahwin n kmudian bercerai, semua harta milik sahabat ini isterinya punya... tp... sekarang ni masih belum lagi kahwin... belum lagi di ijab kabul... belum lagi di akad n dikeluarkan ayat2 suci sebagai janji sehidup semati... tiba2 tiada pula jodohnya setelah hampir 2thn menjalin kasih, akhirnya berpisah jg..

Habis di bawa nya brg2 kpluan permulaan asas sebuah keluarga... ksian shbt ini... yang paling mnyedihkan... bile manusia ini boleh mengaku dpn fmly sndr yang duit pmbelian itu hasil dari duit gajinya sendiri... sahabat yang ain nak kongsikan ini bkn la seorang yang kaya raya nak beli tu, nak beli ni... tapi krn yang utama 'berumah tangga ke jalan Allah' (halalkan apa yang diharamkan) lalu di tunaikan bermcm2 permintaan utk kepuasan bakal isteri... nak tu... beli.... bile tak mampu... kumpul duit... nak ni... beli... bile tak suka pula apa yang di beli tu di marah pulaknya... di maki hamun nya...

Mentang2 tak dpt nk tunaikan apa yg menjadi nafsu kehendak dia... tp apakan daya, saat tu berakhir selepas hampir 2 thn dia tak lg dpt menahan sikap wanita ini.. yang terakhir dia ingat kmbali... terlambat hantar manusia ini pg bekerja... lalu di maki hamun nya di minta putus n ngaku pula hak milik yang sepatutnya bkn miliknya ksemuanye di kembalikan...

Tepat pukul 12 tgah hari, n waktu 2 sahabat ini tiba2 cal sy dlm keadaan yang sgt tidak mampu. DEMAM TP DIAM... Mmg sebelum ini ain byk beri fahaman yang baik selalunya ttg sifat sebenar seorang wanita.. sebagai kawan, kata ain “biase la.. kalau teman wanita ngajuk asik minta putus, sbnrnya bkn kehendak dia nk putus pn tp nk di pujuk agar diri terasa sgt dhargai... pmpn kn mmg manja...” apa yang ain backup ttg wanita ni ialah pd apa yang ain paham n belajar dr dulu smpai sekarang.. tp ini kali pertama ain temui sifat wanita y seperti ini...

Jd ia merupakan atmosfera baru utk ain menyelesaikan puzzle yang di beri... apa agaknya prasaan sahabat ini?.. hancur luruh dibuat nya... masalah sikit (putus) salah sikit (putus) “bagi balik (barang) yang aku dah bagi aku nak kau anta sblm pukul 12” di telan tomahannya bermacam2, asik2 putus2, pastu maki hamun... tringat ain bile di suruh nya belikan contact lens bewarna (nak cantik kot) tp bile apa yang di beli tak puas ati... maki lagi... hamun lagi...

Ish2... lama2 tak bertahan jgk sahabat ini akhirnya dgn tegas merelakan hubungan itu di leraikan tnpa apa2 diskusi lagi... terkejut beruk wanita ini... apa yang di harapnya agaknya tak tercapai... di pujuk kmbali ber ayang2 ber sayang2 siap berjanji akan berubah kpd lebih baik sehidup semati... janji tu janji ni... di minta dididik dgn lebih baik... kerana sudah pun tahu akan sahabat ini insan yang mampu mengubah hidupnya dr takuk lama (terdedah sana-terdedah sini) sampai dpt bertransformasi kepada wanita muslimah bertutup auratnya walau iman masing masih belum istaqamah sepenuh nya...

Tp apa yang di janji kan selalu di mungkiri... akhirnya kata2 terakhir dia sampaikan kepada ain “mungkin sy bukan lelaki yang terbaik utk wanita ini... sy tak cukup baik utk dia... biar lah dia cari apa yang dia mahu... cukup lah takat ini cinta sy kepada dia... saya tak mampu lg utk terus kan... sudah cukup penat nak melayan karenahnya” tanpa banyak kata2 dia terus hilang mendiamkan diri dan terus mencari jalan terbaik bgnya, seorang yang telah jatuh n berusaha utk memperbaiki kesilapan yang dia pernah buat dulu...

Di panggilnya org2 ambil barang yang baru di beli ambik bawak balik rumah... tak cukup lg??? kereta pula di minta atas alasan semua itu kepunyaan milik nya... dan macam2 lg (tak sanggup nk cerita... redha je...) sy hanya memperhatikan diri nya dari jauh, bersujud lama di surau2 dan masjid2 yang di kenali... apa yang di doakan? SIAPA TAHU?... HANYA ALLAH YANG BERHAK MENDENGAR BISIKAN HATINYA...

Ermmm.... byk lg ain nk crite ni... tp sbb tak larat dah ni... ain pun baru baik demam jgk... huhu tapi yang pasti manusia ini takkan pernah tahu n mungkin tetap takkan mengaku ksilapan dia... ibarat lembu punya susu sapi dapat nama... terlanjur pula apa yang di ungkapnya... “AIN MENABUR FITNAH???...” ish3... biar lah... ALLAH tu adil... kereta tak berjalan tu atas salah 1 sbb jgk la kot, mungkin sikit2 ditarik rezekinya dalam sedar atau tidak spt kereta yang di akui diri sendiri punya dulu segak bergerak sana sini...skrg terbengkalai sbb tak tahu punca masalah nya....

Org yang anta msg kat ain ni pun... sudah pasti bkn teman lelaki barunya yang menghantar msg2 ugut mengugut, CUMA SEORANG PEREMPUAN YANG KONON NYA MENGAKU AYAT TU DARINYA 'LELAKI'... nak bagi ain takot kot... supaya ain tutup mulut... kisah ni kisah benar... sahabat ini tidak menceritakan apa2 pd sesiapa pun... tp dr mana ain tahu?... wallahu'alam.... moga cerita ini menjadikan pedoman bg setiap insan2 seperti kite... LILLAHITAALA... wslm...
slamat menyambut maulidur Rasul...

Rabu, 3 Februari 2010

kenapa nasyid???....

Kenapa Nasyid? [Bahagian 5]
oleh: Mzfaizal.org

MEMPOPULARKAN NASYID

Menghukum muzik hari ini sebagai haram secara umum sahaja tidak memadai kerana hakikatnya naluri manusia secara semula jadi memerlukan hiburan jua. Persoalan lebih penting adalah apakah alternatif bagi muzik popular hari ini yang banyak memaparkan konsep hedonisme dan hiburan yang melampau mempromosi gaya hidup yang tidak ketentuan ?Jika alternatif sedemikian wujud, bagaimana ia dapat dimasyarakatkan kepada manusia umumnya - merentas batas bangsa, geografi, agama dan budaya. Merentas batas-batas itu bermaksud ia tidak hanya diterima umat Islam atau bangsa Melayu sahaja malah diterima bangsa lain sebagaimana populariti rentak dan konsep muzik seperti rap, rok dan blues.

NASYID BERSIFAT TERPENCIL

Ada yang berpendapat telah ada alternatifnya yakni muzik rentak nasyid yang dipopularkan kumpulan Raihan, Rabbani dan pelbagai kumpulan nasyid lain. Namun walaupun nasyid popular di kalangan masyarakat Melayu atau Islam, ia agak terhad kepada kelompok itu sahaja.Masyarakat Cina tidak mendengar nasyid. Bahkan tidak banyak nasyid dalam bahasa Cina dan India dan tidak banyak pula dalam bahasa Inggeris.

 Kumplan Raihan misalnya pernah menyanyikan nasyid yang bertajuk “ching ai” dalam bahasa cina atau allahu yang bermiripkan musik India namun tak ramai penasyid yang cuba untuk menengahkan nasyid mereka dalam bahasa ini.Satu aspek lagi adalah rentak nasyid hanyalah satu rentak dan konsep muzik. Ia tidak mungkin dapat memenuhi cita rasa semua manusia. Ertinya, tidak mungkin semua manusia dapat menggemari nasyid sebagai bahan hiburannya kerana manusia secara semula jadi mempunyai kerencaman cita rasa dan selera.

Oleh itu, rentak nasyid hanya sesuai menjadi salah satu rentak alternatif tetapi tidak memadai untuk menjadi satu-satunya alternatif bagi muzik moden hari ini. Menetapkan nasyid sebagai satu-satunya alternatif muzik yang boleh digunapakai bagi umat Islam hanya akan menjadikan hiburan Islam terus berada di pinggiran sahaja.STRATEGI Satu strategi bagi mengemukakan alternatif muzik adalah dengan memanfaatkan lagu-lagu yang telah sedia ada di pasaran. Ini boleh dilakukan dengan memilih lagu-lagu yang mempunyai mesej yang baik dan secara terancang mempopularkan lagu-lagu jenis ini.

Selain itu, masyarakat juga dididik untuk cenderung dan meminati lagu-lagu yang mempunyai mesej yang baik.Strategi ini didasari kepada kefahaman bahawa terdapat lagu yang mempunyai seni kata yang baik dan berirama yang menyentuh perasaan seperti lagu Wonderful World oleh Kennie G, Heal The World oleh Michael Jackson, Perjalanan Hidup oleh Ramli Sarip, Ungu dengan lagu bertajuk Andai ku tahu dan Syurgaku.

Turut mendasari strategi ini ialah walaupun lagu-lagu berkenaan mungkin akan dipertikaikan sebahagian pihak akan keharusannya di sisi Islam, hakikatnya ia adalah satu isu yang dikhilafkan ulama.Lagu-lagu ini, walaupun mungkin dikatakan sebagai ’syubahat’ oleh sesetengah pihak, ia lebih baik daripada jika masyarakat umum mendengar lagu-lagu yang jelas haramnya (menjejas batin dan akal). Ini sejajar dengan konsep membolehkan mudarat yang lebih ringan dan prinsip tadarruj (berperingkat) dalam dakwah.

 Dengan melaksanakan strategi ini, pilihan bagi alternatif kepada muzik dan lagu yang merosakkan, menjadi lebih banyak dan sumbernya tidak terhad kepada kumpulan nasyid semata.Ini mungkin memberi lompatan berganda (quantum leap) dalam usaha mengemukakan lagu-lagu alternatif dan mengelakkan gerakan dakwah daripada reinvent the wheel, atau membuat sesuatu yang telah sedia ada.Namun untuk melaksanakan strategi ini, ia memerlukan semacam garis pandu yang meletakkan batasan dalam memilih lagu-lagu ‘halal’ supaya masyarakat tidak terpesong atau disalahgunakan.
free imvu credits