Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2009

sungai kolok war?? malaysia??

Crossfire War: Malaysian Watch along Sungai Kolok River as 130 Thai Muslims Flee

By Willard Payne

Night Watch: KUALA LUMPUR/BANGKOK - A Thai Muslim said that after Thailand’s army entered his v
illage in Thailand’s Narathiwat province and shot dead a village headman, then he and about 13
0 ot
her Thai Muslims abandoned their homes and sought refuge in Malaysia.
Malaysia’s government stated over its national news agency, Bernama, that Malaysia is considering temporary refuge to people fleeing southern Thailand if the violence continues. A Malaysian marine police official said his unit would maintain a 24-hour watch along the Sungai Kolok. A narrow river that is the border between the two countries.
Kuala Lumpur’s Foreign Minister Syed Hamid Albar was quoted by Reuters, "However, it’s not our intention to interfere with Thai domestic affairs. We will cooperate with the Thai authorities if they want their people who fled to return to Thailand."
Kuala Lumpur is giving more support to groups who intend to, what they call,"liberate" southern Thailand and restore the independent sultanate called Pattani until it was seized by Bangkok a century ago.
Bangkok obviously believes that it had information on the village headman that he was supporting the uprising that began in January 2004 and has killed more than 800 people. Earlier this year the news reported that a lot of Thais had already fled the area and went north.
The Muslim groups conducting the attacks have already stated that as violence increases other Islamic countries could help them. War could begin between Malaysia and Thailand during the dry season that begins again next month and lasts until April. The drier weather makes it easier for military operations.
Bangkok will continue to target, what it feels, are leaders responsible for the attacks.
Night Watch Information Service
http://www.crossfirewar.com
Based in Flossmoor,IL 60422.
ph:708-957-9651/fax:708-798-2929.
e-mail:III82100@aol.com

Rabu, 10 Disember 2008

sedikit coretan

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".
-----------------------------------------

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.
39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya
(mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
(melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).
(QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Selasa, 18 November 2008

ya salam... ya salam.... majalah mangga...




salam... bertemu lagi kwan2... ni haaa... sedikit gambaran tentang fotoshoot mangga... tgok la ye...huhu... dalam mangga, tajuk besar ain ialah 'ain jeni pernah frust bercinta??' bukan la kerana sebab publisiti murahan...tapi sebab ain ni pun manusia biasa jugak jadi tak salah kalu ain berkongsi cerita kan? huhu...tak tipu la.. mmg ain pernah frust bercinta pun, ala... lagipun sebab cinta monyet je...tu pun mse menuntut di pengajian dulu, sbb ade masalah dalaman yang tak dpt di elakkan jd terpaksa la kmi break biar masalah tu selesai dgn cepat, yelah... sakit la jugak kalu tetiba terfikir dgn bnda semua ni..biasa la semua pernah bercinta, huhu... so sekarang ni ain nak tumpu pada karier dan pelajaran je la... hu... nak masuk kolej balik ni... kene banyak wat preparation nanti tak kuat tumbang la ain nanti.. anyway study tetap study, ain taknak fikir perihal2 dulu tu... huhu...biar la.. tahu ada hikmah di sebaliknya nanti kot insyaAllah...hm... ok... nk tdo la... ngntuk... take care semua... wslm

Isnin, 17 November 2008



hu... masuk mangga da.... sempena hari raya haji ni sofieya dijemput untuk ditemuramah oleh wartawan dari majalah mangga... banyak jugak la cerita yang telah lama tersembunyi dlm diri ain kat situ terbongkar, kisah cinta, kisah keluarga, dan yang paling kelakar wartawan siap tanya ciri2 lelaki impian ain lagi.... kahkahkah... maklum laa... kalu dulu beli je majalah mangga tgok artis2 hangat, tp sekarang sofieya masuk mangga, mmg segan, yelah bawak identiti nasyid, jd wartawan pun hormat je bile temuramah kami, bergambar macam biasa la, tepi kolam, nasib baik tak masuk kolam macam artis2 lain, hehe, walau macam mana pun identiti tetap identiti, ain takut jugak kalu lama2 org dah kenal takleh nak wat nakal2... hehehe... nanti orang perasan tak pasal2 kene gossip, hm... walau cmna pun sekadar suka2... sepatutnya muslim voice yang masuk mangga, tapi oleh sebab masalah yang tidak boleh di elak kan, jauh agaknya, sofieya la kene ganti tempat nye... sblm ni sofieya ade masuk dara.com jugak, saja untuk perkenalkan sofieya sbg artis nasyid wanita, tapi... mesti ramai rasa tak puas hati kan? sebab sofieya tak dapat nyatakan khilaf2 tentang suara aurat wanita itu.... tapi kwn2, ade sebab2 nya knp sofieya tampil sbg artis nasyid ni... hm... nanti ain bagi jwpnnya pd kwn2 eh?... da malam ni... ain baru balik dr kajang, wat recording kat studio devotees, lagu2 yg kami record tu untuk masuk radio nnt, insyaAllah... huu.. penat sangat niii... nanti bile dah cukup tenaga ain hantar lg ye? bubai...

Ahad, 16 November 2008

konsert ke arah final akademi nasyid

Sejarah cinta Nabi Yusuf a.s. dgn Zulaikha. Nabi Yusuf a.s. dipenjara oleh Al-Aziz, pembesar Mesir yg merupakan suami Zulaikha kerana peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. dengan menarik baju yg dipakainya sehingga terkoyak di belakang. Dengan izin Allah, seorang bayi yg kebetulan ada di situ berkata2 dan membersihkan nama Nabi Yusuf a.s. yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf a.s. hingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya. Setelah 12 thn, Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dan akhirnya dilantik menjadi raja. Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf a.s. berjalan2 dipasar. Baginda terjumpa seorang perempuan tua yg gila dan asyik menyebut2 namanya. Rupa2nya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf a.s. dan mereka berkahwin. Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yg lebih abadi. Dia benar2 bersyukur kerana Allah SWT telah memberi peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s. luput, digantikan dengan cinta kepada Allah SWT. Masanya dihabiskan dgn bermunajat kepada Allah sehingga tidak memperdulikan Nabi Yusuf a.s. yg suatu waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf a.s. menarik baju Zulaikha yg asyik beribadat. Kemudian Nabi Yusuf a.s. memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yg akan membawa kebenaran. Peristiwa ini menunjukkan cinta sesama makhluk hanya bersifat sementara tapi cinta kepada Allah itu yg kekal abadi.
jadi oleh sebab ini lah sofieya mengambil keputusan untuk menyanyikan sebauh lagu yang bertajuk persona zulaikha....
-->
Pesona Zulaikha
Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi Saad
http://liriknasyid.com
indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu

basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Sabtu, 15 November 2008

cuba fikir sat jaaa....



Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....



Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Jumaat, 14 November 2008


Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Dan Ya Allah...ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...
dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah yang tercinta...
Gantilah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupaun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu...

Sesungguhnya apa yang telah enkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku...
Kerana Engkau maha mengetahui...
Segala terbaik buat hambamu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin ...Ya Rabbal A'lamin.

Rabu, 12 November 2008

alhamdulillah


syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya akhirnya ain dapat buat blog sendiri... mula-mula memang tak yakin... tapi mungkin kerana sifat ingin mencuba... ain cuba juga... walau macam mana pun blog ain masih terbengkalai lagi... banyak lagi yang ain nak kene explore... ape-ape pun terima kasih kepada, keluarga, sahabat, teman istimewa dan juga kawan-kawan yang sentiasa menyokong ain selama ini... terima kasih banyak-banyak... kalu ade ape-ape suggestion untuk blog ni amat lah dialu-alukan... moga kita bersama berjaya dalam mewarnai kehidupan masing-masing...
free imvu credits