Memaparkan catatan dengan label chenta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chenta. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2012

Dunia baru

selamat berakhir tahun 2012...
masyaAllah!!! pejam celik pejam celik da 2 tahun ain tinggal blog ni...
kesibukan melanda pabila sudah meninggalkan kumpulan sofieya sekian lama...

kawan2 ain ade yang da kawin..

ade yang da beranak 2 3...
ada yg buat bisnes sendiri...
ain pulak sekarang bekerja di sektor awam sebagai pendidik di putrajaya...baru berumah tangga dengan pilihan hati pilihan Allah... 
Mohd Zulkifly bin Hj Che Rus... tak sangka dia yang dihadiahkan oleh Allah utk ku...

sejak 2 tahun lebih berkawan asik kami bergaduh aje...xpernah dia senyum dengan ain...
nak bergurau dgn ain lagi la susah..garang xtentu pasal..
mana-mana ain pergi dia la yang paling risau... tu tak boleh... ni tak boleh... 
sampai ain pun asik naik angin je dengan dia ni...

tp mungkin Allah lebih mengetahui apa yang ain tak tahu...

tak putus-putus ain berdoa... dgn guna doa istikharah setiap kali solat...
Ya Allah... adakah dia terbaik utk ku... utk agamaku... utk kehidupan dunia akhirat ku, utk anak-anakku.. utk keluarga ku... n utk kebahagiaan ku... jika dia terbaik utk ku maka satu kan lah hati ini dengan redhaMu... dan jika dia xterbaik utk ku... utk agamaku... utk kehidupan dunia akhirat ku, utk anak-anakku.. utk keluarga ku... n utk kebahagiaan ku... maka aku redha... Kau jauh kan lah lelaki sebegini dari kehidupan ku walaupun aku kecewa Ya Allah... temukanlah aku dgn lelaki pilihan MU...

kalau duduk sensorang mesti termenung... dgn kata2 hati...
dengan panas baran dia ni... mampu kah didik aku jaga aku n bahagia kan aku anak beranak kelak?

tp ternyata semua itu berubah setelah kami diijab kabulkan... 

segala yg panas tentang dia semua berubah jadi sejuk... 

kalau dulu dia lansung tak pandai nak bergurau kini terlebih-lebih pulak gurauannya...

dulu kedekut senyum... lansung tak mau senyum kt ain... pandang ain pun tak...nak bgurau?? jgn haraplah..
tapi kini asik ain ja yang di perhatikan nya ain ja yang asik di usiknya smpai tak larat nak melayan dia...

lagi membahagiakan kini ain mengandung anak pertama... biasa la.. dia tetap takut apa2 berlaku pd ain..
dijaga nya rapi.. diurusnya baik n terbaik... subhanallah... inikah sikap nya yang sebenar jika dibandingkan dengan dahulu... agak menggerun kan...

ya Allah... ketakutan dahulu semua berubah jadi kebahagian yang teramat sangat..

sampaikan ain sndr jd ralat dgn perubahan dia... kdg2 nak bergaduh-gaduh.. tp dia pula mcm wanita..

sentiasa belinangan air mata.. sentiasa merajuk dgn kata2 yang boleh menyedihkan hatiku... merajuk...

maksud ain mengajuk tu contohnya dia cakap terus terang laaa "sedih hati saya awk buat mcm ni"
ain pulak yang xpasal2 tertempah tiket dosa dengan dia.. da la dia suami... lg berdosa sbb asik berkasar..

Ya Allah permudah kan urusan aku dgn suami ku...

sungguh sayu nya hati ini  bila melihat dia dalam kesedihan...
sungguh mencuit hati pabila dia senyum ketawa dan bergurau senda denganku..

jadi itu lah kisah ain selama 2 tahun ain berkawan dengan ZulRenova ni..kalau dulu... xboleh lansung sentuh tenet..
atau apa2 unsur yg boleh membuat dia marah laaa... sampai ramai kawan2 laki ain dulu pun malas layan dah haha... kecuali amer je... sbb dia tahu ain dan amer da lama jadi kawan baik... time ain susah senang dulu...
dia la yang akan banyak tegur ain kalau ain salah kalau berdepan dengan kawan-kawan lain...

kini ain menetap di sungai petani..

ikut hubby pulang ke tanah kelahirannya sbb nak jaga mak dia...
pregnant da nak masuk 8 bulan...
heee ^_^ nanti ada masa ain smbung cita balik ek... 
selamat menunaikan solat magrib... 



sekian...





Sabtu, 26 Mei 2012

ceritera majlis walimah

salam...
teringat kembali 8 bulan yang lepas masa hari perkahwinan ain-zul... masa diijab kabulkan hati terasa ada sesuatu yang lapang... lapang kerana selamat diijab kabul dengan 1 lafaz... lapang kerana berjaya membina masjid dan lapang kerana sah menjadi isteri kepada en.Zulkifly...
walau perkahwinan kami sederhana tak seperti wedding gempak org lain... tp ain bsyukur kerana perjalan pada hari2 tersebut berjalan dengan mudah nya utk ain n keluarga menguruskan walimah...


(makngah tolong siapkan utk malam persalinan huuu xlarat dah nak pakai lg 2 pasang)

malam ni jugak la abg singgah sekejap je sbb nk tgok ain buat apa... xsempat bergambar bersama sbb abg kene pergi ke rumah saudara jauhnya... jadi dia datang sekejap ja utk bgtau yg dia nak bawa ayah pg ziarah rumah saudara...waktu ni mak abg masih sakit jadi tak dapat nak dtg KL... jadi sbb nak amik hati dia begambar la sekejap... first time masa ni nmpak abg terasa lapang dirinya setelah bergelar suami... 


esok harinya masing2 da gelabah nak jemput macam mana bakal suami di rumah kg malaysia...ain n abg serta keluarga belah suami sedang bersiap sedia utk mnyertai perarakan sederhana utk ke dewan makan... alhamdulillah semua berjalan lancar. (kalau korg perasan sepatutnya pmpn belah kiri lelaki kn??? hahahaha kelakar2... boleh terbalik pulak... xpe la yg penting da ijab kabul... adat istiadat pn sekadar melengkap majlis ja... syukur nenek n atuk pun tak terlalu ikut sgt istiadat org dulu2... kalau x... melaka @ singapore @ kelantan mana satu nk ikut kn hahaha...

simple meja bersantap juga... suap menyuap... makan.. makan... dan makan...


masa majlis ni kami xbersanding pun... sbb kmi tahu sbb nya... tp makngah melati tetap nk buat jugak sbb tu ibarat hadiah dia utk ain n suami pd majlis walimah tu...jadi kami bergambar bukan main di atas singgah sana..tgh hari tu....terima kasih makngah...


terima kasih kepada family ain yang banyak bekorban utk menjayakan walimah kami berdua walau pun pd asalnya kami sbnrnya nk simple2 je... tp hadiah n pengorbanan kalian besar2 belaka... kenangan ini takkan kami lupa kn... semoga dimurahkan rezeki n diermudahkan urusan...

bergambar with my cousin n makcik2 hehe...

I LOVE MY FAMILY.... 

Khamis, 2 Julai 2009

cinta mencari lelaki???

CINTA tidak tahu apa punca Dia meminta perhubungan mereka diputuskan. Apakah kerana bicara Cinta yang sering lunak itu, dirasakan Dia pedihmenyembilu hati? Apakah kerana tingkah laku Cinta yang lemah-lebut itu,dirasakan Dia tajam menghiris atma?
Cinta cuba memuhasabah diri, mencari justifikasi tindakan Diamengorbankan ikatan cinta yang terjalin sekian lama. Cinta menekurselusur perjalanan cinta yang mekar seusia lima tahun itu. Cintaterkedu, menggapai-gapai punca yang dirasakan berpilin-pilin. Sungguh,Cinta tidak menemukan sebab yang meretakkan cermin cinta mereka.
Cinta akur, diri belum cukup sempurna sebagai Muslimah sejati [kalauitulah yang Dia hasratkan. Apakah kerana Cinta tidak berjubah? Apakahkerana Cinta tidak bertudung labuhnya hingga ke punggung? Apakah keranaitu, maka Dia menoleh ke arah lain, memacu perjalanan meninggalkanCinta?
Cinta bukanlah alim, tetapi Cinta mengetahui, Cinta sudah memenuhituntutan syariat. Meski berbaju kurung, tetapi Cinta sudah pun menutupaurat. Meski bertudung tiga segi, tetapi hujungnya sudah melindungi dada Cinta.
Cinta tidak alim, tetapi Cinta mengetahui ulama berselisih pendapatmenerangkan aurat wanita. Dari pembelajaran Cinta, Cinta mengetahuihanya ulama' Hanabilah yang mengatakan seluruh tubuh badan wanitaitu aurat, sedangkan fuqaha' Hanafiah, Syafi'iyah, Malikiyah danriwayat daripada Imam Ahmad mengecualikan wajah dan tapak tangandaripada pengertian aurat.
Justifikasi pandangan itulah, maka Cinta berpakaian seperti sekarangini, baju kurung dan tudung tiga segi yang masih menutupi dadanya.Apakah kerana kefahaman Cinta mendekati jumhur ulama' itu maka Diameninggalkan Cinta?
Atma Cinta berdebat, bukan itu yang menjadi punca Dia bertindak begitu.Meski Dia agak memberatkan soal itu, tetapi Dia masih bertolak-ansur.Bukankah ulama' pelbagai mazhab itu sudah bertolak-ansur sehinggatidak ada di kalangan mereka merendahkan pandangan yang berbeza? Bukankah Dia juga mengerti, Cinta berhak membuat keputusan berdasar kan pandangan yang rajih itu, meski Dia berpendapat sebaliknya? Kalaulah kerana itu puncanya, mengapa sekarang Dia beralih kasih?
Apakah kerana ibunya tidak menyukai Cinta? Mengapa pula si ibu yang baikitu tidak menyukai Cinta? Sudah beberapa kali Cinta mengunjungi keluargaDia, dan sudah beberapa kali pula Cinta dilayan dengan baik. Bukankahitu isyarat Cinta diterima keluarganya?
Memang, memang sudah ada ura-ura, Dia mahu dijodohkan dengan sepupunya.Cinta akui, antara Cinta dan sepupunya itu, anak gadis itu lebih alimlagi. Sepupunya menuntut hingga ke Perlembahan Nil, berguru denganpensyarah-pensyarah al-Azhar dan bergaul dengan kitab-kitab turath.Cinta, Cinta hanya lepasan ITM dalam jurusan reka bentuk fesyen. Tetapi,Cinta juga ada asas agama. Cinta menuntut di Ma'ahad MuhammadiLilbanat meski hanya sehingga SPM. Cinta tahu batas-batas agama sehinggaCinta sehingga sekarang masih lagi berkostum hijab.
Tetapi, bukankah Dia sendiri menolak desas-desus itu, kerana Dia hanya menganggap sepupunya itu seperti adik kandung sendiri yang tidak mungkin Dia menyentuhnya sebagai isteri. Dan, bukankah si ibu juga memahami danmenerima hasrat Dia itu, lalu memperkenalkan Cinta kepada keluarganya.Apakah kerana Cinta seorang pereka fesyen, maka Cinta dianggapmenyeleweng? Apakah kerana di tangan Cinta, citra wanita untuk kelihatancantik terkabul, maka Cinta dianggap sudah lancang pada agamanya?
Cinta geleng. Cinta yakin tentu bukan itu sebabnya. Meski Cinta perekafesyen, tetapi bukankah itu bermakna Cinta menanggung fardu kifayah kepada seluruh umat Islam? Cinta sendiri tidak pernah mereka fesyen yangmencabar ketentuan syara', bahkan fesyen Cinta bertepatan dengan kehendak agama.
Apakah kerana wujud orang ketiga, maka Dia beralih kasih. Serapuh itukah cinta Dia pada Cinta? Serapuh ranting yang terlerai ditegur bayukah,cinta Dia selama ini?
Barangkali juga itulah sebab musabab Dia meninggalkan Cinta. Benarkah?
Cinta tinggalkan kisah pedih itu, meski menjerut atma. Cinta tidak temuijalan kepada cinta mereka, tetapi tentulah tidak wajar Cinta mematikandiri dalam perjalanan hidup Cinta. Biarlah, andai Dia sudah tidak memerlukan Cinta, maka Cinta merelakan perpisahan itu. Biarlah Cinta derita sekarang, daripada Cinta derita selepas perkahwinan. Derita sekarang tentulah mencarik sutera perasaan, tetapi derita selepasperkahwinan tentulah menggegarkan mahligai perasaan.
Kawan Cinta, Gihairah cuba menghasut Cinta. Kau terlalu beku dalamperhubungan kalian. Lihatlah aku, merelakan diri dikucup dan diraba,hingga menjelajah ke pelusuk terlarang.
Cinta menjenggil mata, serapuh itukah nilai diri?
Gihairah menggilai, ala bukannya luak pun. Hanya setakat dikucup dandiraba, tidak sehingga menerobos hingga ke.…
Cinta tutup telinga, tidak mahu mendengar kalimat selancang itu. Apakahmaruah itu pada selaput dara? Apakah kerana selaput dara tidakterganggu, tetapi seluruh penjuru berbukit dan berlurah sudah dijarah,maka maruah masih bernama? Apakah hanya apabila selaput itu diterobos,maka pada saat itu maruah pun sudah terlepas?
Bagi Cinta, selaput itu bukanlah maruah pada hakikatnya. Selaput ituhanya sebahagian petanda wujudnya maruah. Apabila wanita merelakan diri dicumbu tangan dan bibir lelaki tanpa ikatan yang sah, tidak ada gunanya maruah meski selaput yang tipis itu masih terjaga.
Cinta meninggalkan Gihairah, meyakini wanita itu bukan penasihat yangbaik.
Cinta mengerti, suatu hari nanti Cinta akan dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima Cinta sebagai Cinta.
Di manakah lelaki itu? Cinta mengharapkan jawapan.

"Sesungguh Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

Sabtu, 24 Januari 2009

ain nak kongsi cerita sikit, tentang cinta....

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.

Wassalam

Isnin, 24 November 2008

salam... ain nak minta tolong ni...

hm... lame jgk ain tak upadate blog ni... yela... sibuk dgn kerja rumah... jd tak ada mase nk mengadap pc lame2... nnt nenek ain marah... pdn muka hahaha... well, ain nk mintak tolong skit pd kwn2 ni... hm.. kalu tak keberatan, beri la sedikit ulasan kat bawah tu... hihi

Erm...pernah tak kawan2 terfikir ble kite jadi tua nanti... apakah nasib kita?... siapa akan menjaga kite nanti eh? nanti kite akan berada di rumah anak2 kite ke? atau di rumah orang2 tua?... dan kalu kita dirumah anak2 kite... apa layanan anak2 kite pada kite? adakah kite ni akan menyusahkan mereka? adakah kite mengganggu kehidupan mereka anak beranak? adakah kita boleh claim balik kasih sayang yang kite dah bagi kat mereka dulu2? dan ape yang akan mereka lakukan pd kita bila saat kita memerlukan mereka? hm...

(kalau dulu kite dgn parent dr kecil lg kite di asuh, di beri kasih sayang yang tak terhingga, bile kita nakkan sesuatu, seboleh2 mak dan ayah kte usaha utk dptkan bnda tu walau tak mampu... mereka sanggup berkorban, kerana dlm fikiran mereka 'biarlah aku berkorban utk anak aku agar dpt mberi inspirasi pd anakku berjaya hingga ke menara gading'.... tp... bila kita sudah dewasa dan berjaya?... ape pula yg akan berlaku pd ibu dan ayah kite?...)

hm... at the same time... bila kita pun sudah berumah tangga, dah ade anak, dah ade cucu? apa nasib kita selepasnya? semua ni pasti berkait rapat dengan setiap kehidupan mak ayah kita kan?... ape kita nk buat dengan mak ayah kite kalu mereka sudah uzur... hm? dan ape perasaan mereka nnti? byk persoalan pd kepala otak ain mlm ni...sangat2 berserabut... jadi ain nak minta pendapat kawan2 kalu dapat berikan ain jawapan... tak banyak... sedikit pun takpe... atleast ain dpt jwpn dan secara tak lansung...boleh beri pengajaran pd kita semua...

so... jangan la datang melawat je tau....tolong la ain selesai kan teka teki dalam otak ni...
time kacih kawan-kawan... wslm (^_^)

Sabtu, 15 November 2008

16nov2008

,



hari ni ain duk umah je... nenek pegi kenduri, tinggal moyang dan ain kat dalam rumah besar ni... hm... bosannye takde ape yang ain nak buat la... baru je lps edit blog ni tapi masih lg blum dpt explore sepenuhnya, tapi ingat juga ain pada keluarga tercinta, atuk, nenek, ayah, emak, saudara mara, semua... ain sangat2 hargai dorg. bukan ape, dari kecik lagi ain dijaga oleh nenek dan atuk, mak dan ayah sibuk dengan kerja. ain pun semakin membesar sibuk dengan pelbagai persiapan untuk further study, hm... sekarang tengah study leave...huhu... nak masuk kolej balik ni rase liat je... yela... macam-macam berlaku kat kolej dlu hehehe... akibat terlalu aktif dalam kokurikulum ain lupa nak masuk kelas sampai lecturer marah-marah... memang silap ain jugak sebab tak bgtau, tahu2 ade persembahan, lakonan la... huhu... buat kawan-kawan yang masih dalam pengajian jangan lupa balance kan hidup anda dengan pelajaran.... nanti jadi macam ain, ha... rugi tau....









cuba fikir sat jaaa....



Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....



Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Jumaat, 14 November 2008


Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Dan Ya Allah...ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...
dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah yang tercinta...
Gantilah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupaun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu...

Sesungguhnya apa yang telah enkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku...
Kerana Engkau maha mengetahui...
Segala terbaik buat hambamu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin ...Ya Rabbal A'lamin.

Rabu, 12 November 2008

alhamdulillah


syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya akhirnya ain dapat buat blog sendiri... mula-mula memang tak yakin... tapi mungkin kerana sifat ingin mencuba... ain cuba juga... walau macam mana pun blog ain masih terbengkalai lagi... banyak lagi yang ain nak kene explore... ape-ape pun terima kasih kepada, keluarga, sahabat, teman istimewa dan juga kawan-kawan yang sentiasa menyokong ain selama ini... terima kasih banyak-banyak... kalu ade ape-ape suggestion untuk blog ni amat lah dialu-alukan... moga kita bersama berjaya dalam mewarnai kehidupan masing-masing...
free imvu credits