Sabtu, 15 November 2008

16nov2008

,



hari ni ain duk umah je... nenek pegi kenduri, tinggal moyang dan ain kat dalam rumah besar ni... hm... bosannye takde ape yang ain nak buat la... baru je lps edit blog ni tapi masih lg blum dpt explore sepenuhnya, tapi ingat juga ain pada keluarga tercinta, atuk, nenek, ayah, emak, saudara mara, semua... ain sangat2 hargai dorg. bukan ape, dari kecik lagi ain dijaga oleh nenek dan atuk, mak dan ayah sibuk dengan kerja. ain pun semakin membesar sibuk dengan pelbagai persiapan untuk further study, hm... sekarang tengah study leave...huhu... nak masuk kolej balik ni rase liat je... yela... macam-macam berlaku kat kolej dlu hehehe... akibat terlalu aktif dalam kokurikulum ain lupa nak masuk kelas sampai lecturer marah-marah... memang silap ain jugak sebab tak bgtau, tahu2 ade persembahan, lakonan la... huhu... buat kawan-kawan yang masih dalam pengajian jangan lupa balance kan hidup anda dengan pelajaran.... nanti jadi macam ain, ha... rugi tau....









cuba fikir sat jaaa....



Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....



Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
free imvu credits