Khamis, 2 Julai 2009

cinta mencari lelaki???

CINTA tidak tahu apa punca Dia meminta perhubungan mereka diputuskan. Apakah kerana bicara Cinta yang sering lunak itu, dirasakan Dia pedihmenyembilu hati? Apakah kerana tingkah laku Cinta yang lemah-lebut itu,dirasakan Dia tajam menghiris atma?
Cinta cuba memuhasabah diri, mencari justifikasi tindakan Diamengorbankan ikatan cinta yang terjalin sekian lama. Cinta menekurselusur perjalanan cinta yang mekar seusia lima tahun itu. Cintaterkedu, menggapai-gapai punca yang dirasakan berpilin-pilin. Sungguh,Cinta tidak menemukan sebab yang meretakkan cermin cinta mereka.
Cinta akur, diri belum cukup sempurna sebagai Muslimah sejati [kalauitulah yang Dia hasratkan. Apakah kerana Cinta tidak berjubah? Apakahkerana Cinta tidak bertudung labuhnya hingga ke punggung? Apakah keranaitu, maka Dia menoleh ke arah lain, memacu perjalanan meninggalkanCinta?
Cinta bukanlah alim, tetapi Cinta mengetahui, Cinta sudah memenuhituntutan syariat. Meski berbaju kurung, tetapi Cinta sudah pun menutupaurat. Meski bertudung tiga segi, tetapi hujungnya sudah melindungi dada Cinta.
Cinta tidak alim, tetapi Cinta mengetahui ulama berselisih pendapatmenerangkan aurat wanita. Dari pembelajaran Cinta, Cinta mengetahuihanya ulama' Hanabilah yang mengatakan seluruh tubuh badan wanitaitu aurat, sedangkan fuqaha' Hanafiah, Syafi'iyah, Malikiyah danriwayat daripada Imam Ahmad mengecualikan wajah dan tapak tangandaripada pengertian aurat.
Justifikasi pandangan itulah, maka Cinta berpakaian seperti sekarangini, baju kurung dan tudung tiga segi yang masih menutupi dadanya.Apakah kerana kefahaman Cinta mendekati jumhur ulama' itu maka Diameninggalkan Cinta?
Atma Cinta berdebat, bukan itu yang menjadi punca Dia bertindak begitu.Meski Dia agak memberatkan soal itu, tetapi Dia masih bertolak-ansur.Bukankah ulama' pelbagai mazhab itu sudah bertolak-ansur sehinggatidak ada di kalangan mereka merendahkan pandangan yang berbeza? Bukankah Dia juga mengerti, Cinta berhak membuat keputusan berdasar kan pandangan yang rajih itu, meski Dia berpendapat sebaliknya? Kalaulah kerana itu puncanya, mengapa sekarang Dia beralih kasih?
Apakah kerana ibunya tidak menyukai Cinta? Mengapa pula si ibu yang baikitu tidak menyukai Cinta? Sudah beberapa kali Cinta mengunjungi keluargaDia, dan sudah beberapa kali pula Cinta dilayan dengan baik. Bukankahitu isyarat Cinta diterima keluarganya?
Memang, memang sudah ada ura-ura, Dia mahu dijodohkan dengan sepupunya.Cinta akui, antara Cinta dan sepupunya itu, anak gadis itu lebih alimlagi. Sepupunya menuntut hingga ke Perlembahan Nil, berguru denganpensyarah-pensyarah al-Azhar dan bergaul dengan kitab-kitab turath.Cinta, Cinta hanya lepasan ITM dalam jurusan reka bentuk fesyen. Tetapi,Cinta juga ada asas agama. Cinta menuntut di Ma'ahad MuhammadiLilbanat meski hanya sehingga SPM. Cinta tahu batas-batas agama sehinggaCinta sehingga sekarang masih lagi berkostum hijab.
Tetapi, bukankah Dia sendiri menolak desas-desus itu, kerana Dia hanya menganggap sepupunya itu seperti adik kandung sendiri yang tidak mungkin Dia menyentuhnya sebagai isteri. Dan, bukankah si ibu juga memahami danmenerima hasrat Dia itu, lalu memperkenalkan Cinta kepada keluarganya.Apakah kerana Cinta seorang pereka fesyen, maka Cinta dianggapmenyeleweng? Apakah kerana di tangan Cinta, citra wanita untuk kelihatancantik terkabul, maka Cinta dianggap sudah lancang pada agamanya?
Cinta geleng. Cinta yakin tentu bukan itu sebabnya. Meski Cinta perekafesyen, tetapi bukankah itu bermakna Cinta menanggung fardu kifayah kepada seluruh umat Islam? Cinta sendiri tidak pernah mereka fesyen yangmencabar ketentuan syara', bahkan fesyen Cinta bertepatan dengan kehendak agama.
Apakah kerana wujud orang ketiga, maka Dia beralih kasih. Serapuh itukah cinta Dia pada Cinta? Serapuh ranting yang terlerai ditegur bayukah,cinta Dia selama ini?
Barangkali juga itulah sebab musabab Dia meninggalkan Cinta. Benarkah?
Cinta tinggalkan kisah pedih itu, meski menjerut atma. Cinta tidak temuijalan kepada cinta mereka, tetapi tentulah tidak wajar Cinta mematikandiri dalam perjalanan hidup Cinta. Biarlah, andai Dia sudah tidak memerlukan Cinta, maka Cinta merelakan perpisahan itu. Biarlah Cinta derita sekarang, daripada Cinta derita selepas perkahwinan. Derita sekarang tentulah mencarik sutera perasaan, tetapi derita selepasperkahwinan tentulah menggegarkan mahligai perasaan.
Kawan Cinta, Gihairah cuba menghasut Cinta. Kau terlalu beku dalamperhubungan kalian. Lihatlah aku, merelakan diri dikucup dan diraba,hingga menjelajah ke pelusuk terlarang.
Cinta menjenggil mata, serapuh itukah nilai diri?
Gihairah menggilai, ala bukannya luak pun. Hanya setakat dikucup dandiraba, tidak sehingga menerobos hingga ke.…
Cinta tutup telinga, tidak mahu mendengar kalimat selancang itu. Apakahmaruah itu pada selaput dara? Apakah kerana selaput dara tidakterganggu, tetapi seluruh penjuru berbukit dan berlurah sudah dijarah,maka maruah masih bernama? Apakah hanya apabila selaput itu diterobos,maka pada saat itu maruah pun sudah terlepas?
Bagi Cinta, selaput itu bukanlah maruah pada hakikatnya. Selaput ituhanya sebahagian petanda wujudnya maruah. Apabila wanita merelakan diri dicumbu tangan dan bibir lelaki tanpa ikatan yang sah, tidak ada gunanya maruah meski selaput yang tipis itu masih terjaga.
Cinta meninggalkan Gihairah, meyakini wanita itu bukan penasihat yangbaik.
Cinta mengerti, suatu hari nanti Cinta akan dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima Cinta sebagai Cinta.
Di manakah lelaki itu? Cinta mengharapkan jawapan.

"Sesungguh Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

Sabtu, 24 Januari 2009

ain nak kongsi cerita sikit, tentang cinta....

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.

Wassalam

Khamis, 1 Januari 2009

sungai kolok war?? malaysia??

Crossfire War: Malaysian Watch along Sungai Kolok River as 130 Thai Muslims Flee

By Willard Payne

Night Watch: KUALA LUMPUR/BANGKOK - A Thai Muslim said that after Thailand’s army entered his v
illage in Thailand’s Narathiwat province and shot dead a village headman, then he and about 13
0 ot
her Thai Muslims abandoned their homes and sought refuge in Malaysia.
Malaysia’s government stated over its national news agency, Bernama, that Malaysia is considering temporary refuge to people fleeing southern Thailand if the violence continues. A Malaysian marine police official said his unit would maintain a 24-hour watch along the Sungai Kolok. A narrow river that is the border between the two countries.
Kuala Lumpur’s Foreign Minister Syed Hamid Albar was quoted by Reuters, "However, it’s not our intention to interfere with Thai domestic affairs. We will cooperate with the Thai authorities if they want their people who fled to return to Thailand."
Kuala Lumpur is giving more support to groups who intend to, what they call,"liberate" southern Thailand and restore the independent sultanate called Pattani until it was seized by Bangkok a century ago.
Bangkok obviously believes that it had information on the village headman that he was supporting the uprising that began in January 2004 and has killed more than 800 people. Earlier this year the news reported that a lot of Thais had already fled the area and went north.
The Muslim groups conducting the attacks have already stated that as violence increases other Islamic countries could help them. War could begin between Malaysia and Thailand during the dry season that begins again next month and lasts until April. The drier weather makes it easier for military operations.
Bangkok will continue to target, what it feels, are leaders responsible for the attacks.
Night Watch Information Service
http://www.crossfirewar.com
Based in Flossmoor,IL 60422.
ph:708-957-9651/fax:708-798-2929.
e-mail:III82100@aol.com
free imvu credits