Ahad, 16 November 2008

konsert ke arah final akademi nasyid

Sejarah cinta Nabi Yusuf a.s. dgn Zulaikha. Nabi Yusuf a.s. dipenjara oleh Al-Aziz, pembesar Mesir yg merupakan suami Zulaikha kerana peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. dengan menarik baju yg dipakainya sehingga terkoyak di belakang. Dengan izin Allah, seorang bayi yg kebetulan ada di situ berkata2 dan membersihkan nama Nabi Yusuf a.s. yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf a.s. hingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya. Setelah 12 thn, Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dan akhirnya dilantik menjadi raja. Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf a.s. berjalan2 dipasar. Baginda terjumpa seorang perempuan tua yg gila dan asyik menyebut2 namanya. Rupa2nya perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf a.s. dan mereka berkahwin. Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yg lebih abadi. Dia benar2 bersyukur kerana Allah SWT telah memberi peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s. luput, digantikan dengan cinta kepada Allah SWT. Masanya dihabiskan dgn bermunajat kepada Allah sehingga tidak memperdulikan Nabi Yusuf a.s. yg suatu waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf a.s. menarik baju Zulaikha yg asyik beribadat. Kemudian Nabi Yusuf a.s. memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yg akan membawa kebenaran. Peristiwa ini menunjukkan cinta sesama makhluk hanya bersifat sementara tapi cinta kepada Allah itu yg kekal abadi.
jadi oleh sebab ini lah sofieya mengambil keputusan untuk menyanyikan sebauh lagu yang bertajuk persona zulaikha....
-->
Pesona Zulaikha
Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi Saad
http://liriknasyid.com
indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu

basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

free imvu credits