Ahad, 1 September 2013

anak mama

Bismillahirahmanirahim.... dengan kalimahMu aku mula bicara...
Assalamualaikum aku ucapkan kepada sesiapa yang membaca blog ini...

fuh... da lama tak bukak blog sendirikan?? tak sempat la geng... aku fokus nk bersalin, nak berpantang, nak sesuaikan diri dengan suasana baru dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami... tak sempat nk menaip, tak sempat nak berkongsi cerita dalam blog ni...

almaklumlah kesibukkan melanda, sblm ni aku sibuk duk cerita pasal kandungan aku kan, tapi pas tiktoktiktok masa berlalu... sekejap je anak aku da 6 bulan...aku pun da nak masuk 26tahun...da tua da weiii... time untuk menseriuskan diri ni...(kenapa??? sebelum ni aku tak serius ke??? hahaha) xde la sblm ni aku xbyk fokus pd benda lain aku byk fokus pd diri aku je keje...

pas bersalin kan Muhammad Athif Darwisy kehidupan aku tersangat la full hehe...
camna pengalaman bersalin? huuuuiiii alhamdulillah aku senang prosesnya, suami pun sgt beri sokongan, sbnrnya sebelum aku nk due tu aku sempat lagi pg hospital pantai buat 4D scan nak tgok muka anak aku haha... tak tersangka la pulak mlm tu aku da ase sakit, sbb mmg dlm gambar tu baby da duduk kat dinding je sebelah muka je nampak sebelah lagi da melekat ke dinding rahim...

mlm tu sempat la jugak berwrestling dengan abg, maklum la emosi aku ni kurang stabil, ade je yang tak kene mesti nak marah la nak nangis la pastu beriya2 plak tu...

kul 9.45pm aku masuk tandas tgok da turun darah, aku pelik la, ish xkan aku piriod kot time2 ni? org kata kalau turun darah nk bersalin mesti sakit... so aku pun panggil la ayah mertua aku, (sbb aku mengajuk dengan suami hehe saje tol...) then ayah mertua aku marah haha... last tu suami tengok then dia tros bawak aku pg hospital terus masuk labour room, mase tu aku nampak suami sedih sangat aku pun sedih jugak sbb aku tak la sampai bila aku akan bersama dengan dia sbb ajal kan datang bila2 masa, terutama skali dalam nak melahirkan anak ni, aku duduk dalam labour room lama... doktor cakap aku da bukak 4cm, nak buka smpai 10cm amik masa lebih kurang 5-6jam la kot mcm tu hehe... masa tu da pukul 10.00pm seingat aku la...

aku dpt bilik persorangan time tu, suami boleh masuk la bila time nak deliver baby...
teringat tentang dosa2 aku sebab slalu je sikit2 buat dosa kering kat suami, doktor kata suami boleh masuk time bila nak deliver je, tapi aku merayu kat doktor tu, dalam keadaan sedih "saya belum minta maaf dengan suami saya lagi, sebab tadi saya berperang dengan dia" doktor tu kata "awat xminta maaf siap2..." kesian kat aku jadi dia pun bagi la suami masuk, (korang tau x apa hukum bila kta gaduh pastu buat suami susah hati dan sedih? dosa wooo xmau nanti katakan ajal aku sampai xsempat aku nak minta maaf dengan dia... sekurang2nya bia la aku minta maaf habis2an pada si dia suami tercinta.

suami aku mmg penyabar melayan karenah aku, Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar!!! bersyukur... selesai segala tiba waktu aku nak bersalin, suami ada di sebelah membantu, aku pulak berusaha dan hanya berserah jika sampai itu masanya... aku pergi buat selamanya... tp ahamdulillah Allah masih memanjangkan usia aku untuk bersama orang yang aku sayang, korang bayangkan kan... SUBHANALLAH dari biji benih hingga menjadi segumpal darah dan membentuk dan ditiup ruh akhirnya keluar menjadi makhluk yang paling suci yg tak pernah aku fikirkan selama ini... subhanallah3x... aku teringat lagi perasaan aku waktu tu... paling manis... sangat manis...

kini dia semakin membesar, sihat alhamdulillah, da masuk 6 bulan da mula makan solid food jugak, hehe... sempat aku menaip ni pun sebab maklang dia amik bawak ke tokwan, jadi sempat la jugak aku menghabiskan masa dalam blog ni... aku berpantang dengan herbalife, alhamdulillah, aku menyusu pun dengan amalkan herbalife sbg pengilang utama hehe, sekarang anak aku pulak yang amik herbalife di masuk dalam solid food atau fluid, alhamdulillah anak aku sgt sihat dan kurang dapat penyakit, moga anak mama menjadi soleh dan abg yang soleh kpd adik-adik yang soleh dan solehah...

Tiada ulasan: