Isnin, 29 Disember 2008

makan ikan berulat??!!... ya Allah!!!!

Assalamualaikum w.b.t, selamat bertemu kembali kawan-kawan... agak lama juga ain tak menulis blog ni... orang pun dah ramai bertanyakan tentang perkembangan sofieya, ade yang tanya khabar dengan meghantar SMS, calling-calling, yahoo messenger dan macam-macam lagi, sampai tak terlayan ain nak menjawab, pada kawan-kawan yang terlupa nak balas tu ain betul-betul mintak maaf sangat, ain pun ada rutin harian sendiri, nenek ain sakit masuk hospital baru2 ni, mula-mula kencing manis pastu rupa2nya doktor cakap nenek ain kencing manis peringkat awal, jadi dlm 24jam nenek akan di masukkan 6 botol air... cuba bayangkan nenek duduk kat hosp tu selama 6 hari, agak2nya berapa banyak botol yang disalaurkan dalam darah nenek... huu... hari2 kene suntik ubat... sampai badan nenek jadi gemuk air... alhamdulillah sekarang dia dah balik rumah, dia takleh wat keje banyak2, jadi ain dan maksu la yang akan uruskan rumah huhu... banyak lak cakapnye... hehe... kembali pada point yang asal...

Hari ni ain nak berkongsi sedikit pengalaman pada semua.... agak2 mungkin membuatkan kita sebagai pelanggan di restoran luar lebih berhati2 dengan sifat2 peniaga restoran yang suka menyimpan makanan2 lama ni...huhu... sebenarnya hari ni sofieya ada rakaman lagu kat studio area kajang, bukan ape persiapan untuk ke Golok nanti nak la kene touch-up skit... dari pagi pukul 11am sampai asar, baru leh makan, haha perut dah bermacam2 bunyi... aduh... laparnye!!! tak tertahan rasanya... ain dah gastrik minum lak air 100plus hua!!! lagi la gastrik teruk... akhirnya izza ajak kami keluar makan... huu... masing2 naik keta terus ke sebuah gerai yang berdekatan dengan area kajang ni... masing2 menggelidat makan nasi belauk masing2...

 huhu ain pun makan biase2 je... tengah2 makan kami pun duduk sibuk bercerita pasal ikan haruan goreng yang di makan oleh izza, jadi nak sedap kan cerita ain pun bukak la crita pasal belut kat tempat ain, sedap belut ni sebenarnya manis je dagingnya... ain dah rasa... izza dan ain jeffrie pun rancak bercerita, huda pulak khusyuk makan ikan goreng kat pinggan dia... huhu TIBA-TIBA tengah kami rancak berbual, huda pula yang loya tekak nak termuntah, dia tolak pinggan kedepan dan pergi ke singki... kami pun pelik la... masing2 nak tergelak... mungkin huda loya sebab cerita kami kot... ain jeffrie pun tanya kenapa kat huda... huda selak je ikan terus menjerit lari jauh2 terkejut kami di buatnya... nasib baik tak ramai pelanggan kat situ... kami pun tarik pinggan huda tengok apa yang ada kat dalam ikan goreng tu... YA ALLAH!!! rupa2 nya ada ulat tengah menguit2 kat celah2 insang ikan tu... kami pun nak termuntah... ish!!! ape la tempat ni teruk betul... masalahnya nasi pun dah habis makan, ikan pun tinggal kepala je... YA ALLAH ulat lalat rupa2nya...

 ain tak tahu la nak cakap apa2 lagi masing2 dah kembang tekak... tapi dah habis sepinggan tak boleh nak buat apa la... pelayan kat situ dah la tak minta maaf pastu leh cakap pulak "alah kak, skali skala apa salahnya" huuu... Astagfirullah, istighfar je kami ni... ain ckp ngn pelayan tu, ikan ni masak bila? sebab setahu ain kalau lalat bertelur dlm 1 hari tak mungkin boleh menetas dengan cepat... bila tanya pelayan kedai tak mengaku, katanya ikan ni semua baru masak, entah la kawan2 ain pun tak tahu perkara yang sebenar, dah la tak minta maaf.. bila ain mintak no telefon tauke bagi no salah lak, no cina yang di bantainya... aduh... kenapa ada jugak org macam ni?!! tipu, menipu, penipu... kalau terjadi apa2 pd huda? macam mana? kami dah nk gerak ke thailand, harap tiada apa2 blaku pd huda dlm perjalanan kelak...

 identiti restoran tu biar la ain rahsia kan...nnt kalau di sebut2 nama restoran tu leh jadi isu pula... kalau boleh ain nak benda ni DIKETENGAHKAN,pekerja2 yang suka buat kerja senang, simpan ikan yang tak habis dan goreng smula pada esok harinya....kalau sifat pekerja2 macam ni berterusan, bekerja sambil lewa dan suka amik jalan senang... susah la hidup kita sebagai pelanggan, sakit perut la, taun la, malaria la... dan macam2 lagi... kalau kawan2 boleh tolong bagi cadangan tentang apa yang ain patut buat untuk ketengahkan perkara ini... sila la bantu ain... dpt kan no jabatan kesihatan ke? atau ada cadangan2 yang lain? hmmm... ain pun dah kebingungan... harap kawan2 dpt tlg ain lagi sekali.... TRIMA KASIH ^_^

1 ulasan:

Ifila Saila berkata...

Bubuh je nama restoran dan address tu kat website nih.. klu nak jahat lagi announce lah kat dalam facebook ke, twitter ke, atau mana2 forum dalam internet. boleh boikot scra senyap2.. :)

free imvu credits