Rabu, 3 Februari 2010

kenapa nasyid???....

Kenapa Nasyid? [Bahagian 5]
oleh: Mzfaizal.org

MEMPOPULARKAN NASYID

Menghukum muzik hari ini sebagai haram secara umum sahaja tidak memadai kerana hakikatnya naluri manusia secara semula jadi memerlukan hiburan jua. Persoalan lebih penting adalah apakah alternatif bagi muzik popular hari ini yang banyak memaparkan konsep hedonisme dan hiburan yang melampau mempromosi gaya hidup yang tidak ketentuan ?Jika alternatif sedemikian wujud, bagaimana ia dapat dimasyarakatkan kepada manusia umumnya - merentas batas bangsa, geografi, agama dan budaya. Merentas batas-batas itu bermaksud ia tidak hanya diterima umat Islam atau bangsa Melayu sahaja malah diterima bangsa lain sebagaimana populariti rentak dan konsep muzik seperti rap, rok dan blues.

NASYID BERSIFAT TERPENCIL

Ada yang berpendapat telah ada alternatifnya yakni muzik rentak nasyid yang dipopularkan kumpulan Raihan, Rabbani dan pelbagai kumpulan nasyid lain. Namun walaupun nasyid popular di kalangan masyarakat Melayu atau Islam, ia agak terhad kepada kelompok itu sahaja.Masyarakat Cina tidak mendengar nasyid. Bahkan tidak banyak nasyid dalam bahasa Cina dan India dan tidak banyak pula dalam bahasa Inggeris.

 Kumplan Raihan misalnya pernah menyanyikan nasyid yang bertajuk “ching ai” dalam bahasa cina atau allahu yang bermiripkan musik India namun tak ramai penasyid yang cuba untuk menengahkan nasyid mereka dalam bahasa ini.Satu aspek lagi adalah rentak nasyid hanyalah satu rentak dan konsep muzik. Ia tidak mungkin dapat memenuhi cita rasa semua manusia. Ertinya, tidak mungkin semua manusia dapat menggemari nasyid sebagai bahan hiburannya kerana manusia secara semula jadi mempunyai kerencaman cita rasa dan selera.

Oleh itu, rentak nasyid hanya sesuai menjadi salah satu rentak alternatif tetapi tidak memadai untuk menjadi satu-satunya alternatif bagi muzik moden hari ini. Menetapkan nasyid sebagai satu-satunya alternatif muzik yang boleh digunapakai bagi umat Islam hanya akan menjadikan hiburan Islam terus berada di pinggiran sahaja.STRATEGI Satu strategi bagi mengemukakan alternatif muzik adalah dengan memanfaatkan lagu-lagu yang telah sedia ada di pasaran. Ini boleh dilakukan dengan memilih lagu-lagu yang mempunyai mesej yang baik dan secara terancang mempopularkan lagu-lagu jenis ini.

Selain itu, masyarakat juga dididik untuk cenderung dan meminati lagu-lagu yang mempunyai mesej yang baik.Strategi ini didasari kepada kefahaman bahawa terdapat lagu yang mempunyai seni kata yang baik dan berirama yang menyentuh perasaan seperti lagu Wonderful World oleh Kennie G, Heal The World oleh Michael Jackson, Perjalanan Hidup oleh Ramli Sarip, Ungu dengan lagu bertajuk Andai ku tahu dan Syurgaku.

Turut mendasari strategi ini ialah walaupun lagu-lagu berkenaan mungkin akan dipertikaikan sebahagian pihak akan keharusannya di sisi Islam, hakikatnya ia adalah satu isu yang dikhilafkan ulama.Lagu-lagu ini, walaupun mungkin dikatakan sebagai ’syubahat’ oleh sesetengah pihak, ia lebih baik daripada jika masyarakat umum mendengar lagu-lagu yang jelas haramnya (menjejas batin dan akal). Ini sejajar dengan konsep membolehkan mudarat yang lebih ringan dan prinsip tadarruj (berperingkat) dalam dakwah.

 Dengan melaksanakan strategi ini, pilihan bagi alternatif kepada muzik dan lagu yang merosakkan, menjadi lebih banyak dan sumbernya tidak terhad kepada kumpulan nasyid semata.Ini mungkin memberi lompatan berganda (quantum leap) dalam usaha mengemukakan lagu-lagu alternatif dan mengelakkan gerakan dakwah daripada reinvent the wheel, atau membuat sesuatu yang telah sedia ada.Namun untuk melaksanakan strategi ini, ia memerlukan semacam garis pandu yang meletakkan batasan dalam memilih lagu-lagu ‘halal’ supaya masyarakat tidak terpesong atau disalahgunakan.
free imvu credits